Ahad, 5 Ogos 2012

Ikan Lumba-Lumba Boleh Rawat Diri Sendiri. Rahsianya?

ikan lumba lumba (Gambar) Ikan Lumba Lumba Boleh Rawat Diri Sendiri. Rahsianya?
Ikan lumba-lumba memang terkenal betul dengan sifat dan ciri-cirinya yang bijak. Tetapi tahukah anda, yang mana ikan lumba-lumba turut mempunyai satu lagi kemampuan yang agak luar biasa. Betapa besarnya CiptaannNya.  Walaupun ikan lumba-lumba mengambil luka dek kerana serangan ikan jerung, ikan lumba-lumba mampu menyembuhkan lukanya dengan cepat tanpa rasa sakit, cacat, pendarahan apatah lagi terkena jangkitan. Bagaimana caranya?
Michael Zasloff, penyelidik dari Georgetown University Medical Center, yang mengeluarkan laporan penemuannya di dalam Journal of Investigative Dermatology, tentang beberapa kemampuan ikan lumba-lumba menyembuhkan lukanya sendiri.






ikan lumba lumba3 (Gambar) Ikan Lumba Lumba Boleh Rawat Diri Sendiri. Rahsianya?
Kalau manusia lainlah, ini ikan lumba-lumba. Kami sendiri pun takjub. Seperti yang diketahui :
  • Ikan lumba-lumba habitatnya di laut tanpa tangan dan kaki
  • Berenang jauh lebih pantas daripada manusia
  • Mempunyai kecerdasan yang ramai saintis menganggap besar kemungkinan sama dengan kerumitan dan emosional manusia serta berkemampuan untuk sembuh daripada luka melebihi kemampuan manusia itu sendiri
  • Ikan lumba-lumba tidak akan mengalami pendarahan yang teruk walaupun saiz luka yang dialaiminya agak besar
  • Walaupun ikan lumba-lumba mengalami luka parah, lumba-lumba tetap makan dan berperilaku normal. Menarik bukan?
ikan lumba lumba4 (Gambar) Ikan Lumba Lumba Boleh Rawat Diri Sendiri. Rahsianya?
Zasloff berpendapat ikan lumba-lumba
  • Menyelam yang mampu menghentikan aliran darah ke bahagian tubuh yang kurang penting untuk mengurangkan aliran darah ke kawasan yang tercedera.
  • Selama proses penyembuhan luka, ikan lumba-lumba tidak menunjukkan tanda jangkitan pun. Penyelidik mendapati bahawa kulit dan lapisan lemak binatang itu mengandungi sebatian antibakteria yang mungkin membantu menghentikan jangkitan pada luka terbuka.
 Ohduniaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...