Sabtu, 4 Ogos 2012

Resepi - Mee Kari.

rsz_dsc_2872

BAHAN KUAH MI KARI :-
700 garam ayam, potong kecil, cuci dan toskan
3 keping fishcake, hiris sering sederhana tebal
400 ml santan pekat
2 camca besar cili kisar
3 1/2 camca besar rempah kari daging
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
1 kiub ayam (optional)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
Garam dan gula secukup rasa





BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyi hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut

BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
Sawi bok choy, dicelur, toskan
Telur rebus, dibelah dua
Taughe, buang ekor, celur sekejap dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang
Tauhu, digoreng dan hiris
Hirisan cili merah dan hijau
Isi kerang rebus secukupnya
Belahan limau kasturi
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga kecut. Tuang santan cair dan air secukupnya. Biar mendidih, masukkan hirisan fishcake, kiub ayam, tomato dan asam gelugor. Biar hingga ayam masak, tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Letak mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah kari bersama isi2nya dan letak bahan2 lain atasnya. Perah limau kasturi sebelum dimakan, Hidangkan segera. tiffinbiru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...