Salam semua, dalam banyak juadah berbuka puasa, nasi ulam adalah makanan yang paling saya tak jemu sekali menjamahnya. Kalau dapat makan, hari-hari pun tak apa. Cuma masalah penyediaan bahan-bahan ulaman ini sahaja. Kalau di bandar seperti Kuala Lumpur, selalunya tidak berapa lengkap ulaman yang ada.
Resepi nasi ulam di bawah adalah resepi tradisi keluarga sebelah isteri saya di utara tanahair, Kedah Darulaman.
Resepi nasi ulam di bawah adalah resepi tradisi keluarga sebelah isteri saya di utara tanahair, Kedah Darulaman.
BAHAN-BAHAN:
1. nasi yang dimasak dan telah disejukkan
2. udang kering yang digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk sampai halus (boleh diganti dengan isi ikan panggang)
3. kerisik ditumbuk kasar
4. halia, lengkuas, serai (kisar sampai halus, kalau boleh kisar berasingan ketiga-tiga bahan ini)
5. cili padi atau lada hitam untuk perasa pedas (tumbukkan bersama asam keping dan garam sampai lumat, masukkan sedikit belacan)
6. bawang merah dimayang halus (pilihan individu)
7. ulam (bersihkan ulaman, gulungkan, dan hiris halus seperti cara membuat bunga rampai)
Pilihan ulaman terpulang kepada individu dan bagaimana mendapatkannya. Kuantiti dan jenis ulaman tidak terhad, lagi banyak lagi menambah kesedapan nasi ulam ini. Contoh ulam-ulaman yang sering digunakan keluarga:
-daun selom
-daun kesum
-daun kunyit
-pucuk kadok
-pucuk pegaga
-daun sekentut
-pucuk daun kari
-pucuk limau purut
-daun selaput tunggul
-dan sebagainya
CARA MEMBUAT:
Gaul dan ratakan kesemua bahan 1-7 mengikut kreativiti anda. Tambah sedikit garam jika perlu dan limau kasturi untuk menambah kenikmatan nasi ulam resepi keluarga isteri saya.
Gaul dan ratakan kesemua bahan 1-7 mengikut kreativiti anda. Tambah sedikit garam jika perlu dan limau kasturi untuk menambah kenikmatan nasi ulam resepi keluarga isteri saya.
SELAMAT MENCUBA!
zulkbo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan