Jumaat, 3 Ogos 2012

Wajah Anak Comel Yang Kehilangan Ibu-bapanya Di Pagi Ramadan

Wajah Anak Yang Kehilangan Ibu-bapa Di Pagi Ramadan 

Di atas adalah gambar kanak-kanak yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat semalam. Kanak-kanak kecil ini bernama Mohd Hanif Hafezee dan baru berumur 2 tahun.
Sepatutnya raya tahun ini lagi seronok untuk Hanif kerana dia sepatutnya menerima seorang adik baru.
Namun, takdir Allah SWT tidak boleh diketepikan. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya.

 

 

Pagi semalam, dalam sekelip mata, adik Hanif menjadi yatim piatu. Dia kehilangan kedua ibubapa dan adik yang masih dalam kandungan ibunya.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, bapanya, Hafeeze Mohd Hanafi, 30, dan ibunya, Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

 
Di HKL, suasana sebak menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik 

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.



Adik Hanif kini dijaga di Melaka oleh neneknya.

.  

OPEN : Ya Allah, ENGKAU tempatlah mereka disgurgamu....... Sebak dan menangis apabila akak melihat anak yang kecil yang masih dahaga belaian dan kasih sayang daripada ayah ibu telah kehilangan sekaligus tanpa mengerti pemergian yang tidak akan keabali lagi............. Mudah-mudahan MOhh Hanif akan menjadi yang soleh yang berjaya didunia dan akhirat


Gambar: Ondscene.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...