Isnin, 10 September 2012

Lihatlah Kehebatan Seorang Wanita!

*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh,
*seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
*dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil,
 
 
 
*wanita yang memberi minuman s*** ***a kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik s*** yang diberikannya.
*wanita yang melayan suaminya yang pulang dari kerja ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
*wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
*wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
*wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjihad ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
*wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
.
 bersihjiwahati.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...