Api Neraka Padam Disirami Air Mata
Rasulullah
S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis
kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat
asalnya.” Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan
didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah
timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke
dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,
“Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa
yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan
matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut
kepada-Mu.”
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba
itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut
yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril
A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari
kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan
suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi
berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni
merangkak pada lututnya).
Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya.
(Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang
telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka,
mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan
diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu
dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata
setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku
(selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang
akan berkata, “Umatku, umatku.” Beliau ialah junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W.
Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti
gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan
berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak
orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi
hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu
tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya
api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W” Kemudian Jibril
membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya.
Berkata Jibril A.S.
“Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu
Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api
itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai
Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang
derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah
S.W.T.
Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar
engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin
Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya
Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut
kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
rahmanhatim93.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan