Isnin, 10 Disember 2012

"Dulu Saya Kejar Duit, Sekarang Kejar Masjid" - Noorkumalasari

Figura bernama Noorkumalasari, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semenjak membuat keputusan berhijrah dengan penampilan imej berhijab, sejak itu memang jarang-jarang kita melihat kemunculan pelakon-penyanyi juga bekas supermodel ini yang menjadi kegilaan ramai ketika era 60-an hingga 90-an ni di media cetak mahupun media elektronik.



 Noorkumalasari yang hadir bersama suami, Wan Mohd Yusoff di malam previu 'Adik Manja Return (29 Tahun Kemudian)', malam tadi. Foto oleh Faisol Mustaffa.






 

 
 Tapi baru-baru ada teman yang memberitahu kami yang Noorkumalasari muncul sebagai penghias muka depan sebuah majalah wanita.Bertemu beliau di malam tayangan filem Adik Manja Return (29 Tahun Kemudian) bertempat di TGV Wangsa Walk Mall, malam tadi MD berkesempatan bertanya khabar juga perkembangan terbaru bintang yang pernah menerajui filem Adik Manja ini.

Berkongsi mengenai kehidupan kini, aktres yang mesra dengan panggilan Kak Noor ni memberitahu beliau cukup gembira dan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang. Malahan wanita yang sudah menjangkau usia 56 tahun ini meluah rasa syukurnya kepada Tuhan kerana memberikannya hidayah untuk dia berhijrah selepas 40 tahun bergelar anak seni.

"Allhamdulillah, sihat. Gembira, bahagia dan cukup selesa dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu Kak Noor ni kejar nak buat duit saja sebab Kak Noor suka habiskan duit Kak Noor dengan membeli baju-baju. Tapi sekarang... Kak Noor kejar masjid.

"Rutin, kalau pagi selepas dua anak lelaki Kak Noor ke kolej, Kak Noor akan pergi berenang di kelab. Kemudian habiskan masa pergi mengurut di spa. Bila hampir masuk waktu Zohor, Kak Noor dan suami akan ke masjid, balik masjid kami terus makan tengahari. Kami selalu makan luar sebab Kak Noor tak masak kerana suami Kak Noor kata Kak Noor ni pembersih sangat. Sebab kalau habis masak satu lauk, Kak Noor akan bersihkan dulu dapur lepas tu baru masak lauk lain. Jadi Kak Noor terlalu banyak habiskan masa di dapur. Nak senang, makan luar saja lah.

"Kalau ada waktu senggang pun antara lepas Zohor sementara menantikan Asar. Masuk waktu, kami akan ke masjid. Malam pun macam tu, kami dengan anak-anak ke masjid", katanya kepada malaysiandigest.com sambil tersenyum.


Akui Kecewakan Cikgu Azmi
Di zaman kegemilangannya dulu, adik tiri kepada biduanita Anita Sarawak ni banyak membintangi filem dan salah satu daripadanya ialah filem Adik Manja berganding dengan Dharma Harun Al-Rashid yang memengang watak sebagai cikgu Azmi. Mengulas mengenai pembikinan sekual filem yang pernah mempopularkan namanya satu ketia dulu, Noorkumalasari berkata sebetulnya Dharma ada menghubunginya dan menawarkan beliau berlakon dalam filem tersebut. Namun dia menolak pelawaan itu kerana sudah nekad untuk tidak kembali aktif lagi sebagai pelakon.

"Masa dia nak buat filem (sekual) ni, dia ada hubungi Kak Noor dan tawarkan berlakon. Tapi Kak Noor katakan padanya yang Kak Noor sudah tidak mahu berlakon lagi. Kak Noor tahu dia kecewa. Tapi memang Kak Noor dahtak rasa nak menyanyi mahupun berlakon lagi dah.

"Terkejut juga bila dapat tawaran daripada dia (Dharma). Sebab tak sangka, dulu kami sama-sama berlakon tapi sekarang dia beritahu saya yang dia nak arah dan terbitkan semula filem itu", katanya.

Pun begitu ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui dia tidak pernah merasa puas sepanjang pembabitanya di dunia seni. Baginya kepuasan akan hanya dirasai sekiranya dia berjaya mencipta nama bukan saja di industri tempatan malah hingga ke peringkat antarabangsa. Namun itu semua sudah tidak penting lagi kerana beliau kini sudah ada kehidupan yang sangat bermakna di sini keluarga.

Bercerita sikit pengalaman berlakon dalam filem asal, Adik Manja, yang ketika itu diarahkan oleh Osman Hafsham, Noorkumalasari berkata memori yang paling di ingati ialah sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut beliau sering bergaduh dengan Dharma.

"Dharma suka buli pelajar-pelajar yang berlakon dalam filem tu. Bayangkan dia punya gurauan, dia suruh pelajar-pelajar tu cium dia. Saya selalu marah dia. Memang sepanjang di set kami ni selalu bergaduh. Tapi bila habis saja penggambaran kami berbaik semula", tuturnya.



- mD/noormalashahar.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...