Sabtu, 8 Disember 2012

Kad Jemputan Kahwin Khairul Fahmi dan Leuniey

Apex Mahu Hantar Sendiri Kad Kepada Jemputan Khas
Tatkala ini, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, tidak boleh diganggu dengan sebarang aktiviti lain kerana jejaka tampan ini sibuk memberikan fokus dan tumpuan terhadap perlawanan Piala AFF Suzuki 2012.





Apatah lagi, Malaysia bakal berentap dengan Thailand untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki yang pertama, pada malam Ahad ini (9 Disember 2012). Pun begitu, persiapan perkahwinan masih tetap diteruskan hasil bantuan bakal isterinya, Leuniey Natasha bersama pengurus peribadi Apex, Razif Rosdi.

Malah Apex tetap berhasrat untuk menghantar kad jemputan secara peribadi apabila dia tamat dengan perjuangan Piala AFF Suzuki nanti.

"Ketika ini, kad jemputan sudah pun mula dihantar oleh Leuniey dan keluarga saya. Untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, pengurus saya yang menguruskan segalanya. Namun, Insya-Allah, saya akan meluangkan masa seketika untuk menghantar sendiri kad jemputan saya kepada jemputan istimewa," katanya.

Meneruskan penjelasan, Apex rasa bersyukur kerana kad yang direka LH Creative Concept ini memenuhi citarasa dia dengan Leuniey.

"Seperti yang saya sudah maklumkan sebelum ini, hanya pihak tertentu saja yang bakal dijemput untuk majlis resepsi yang bakal diadakan di The Royale Bintang Hotel, Damansara pada 13 Januari depan.

"Bagi peminat yang ingin menghadirkan diri ke majlis resepsi ini, anda semua boleh mengikuti kempen peraduan yang dianjurkan oleh murai.com.my dan radio Era FM.

"THR Gegar pula akan memberikan jemputan eksklusif di Hotel Renaissance, Kelantan yang dijadualkan berlangsung pada 30 Disember 2012," jelasnya.

Apa yang pasti, pihak yang menerima kad jemputan majlis resepsi di Kuala Lumpur perlu membuat RSVP kepada pengurus peribadi Apex sebelum 1 Januari 2013.
murai.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...