Rabu, 19 Disember 2012

Kenali Kegemaran Keluarga Ultraman

Ramai yang mengenali super hero dari Japan (Jepun) yakni otromen ataupun Ultraman. Aku mula kenal dengan Ultraman sejak Ultraman dengan heronya yang bernama Hayata lagi tetapi ramai yang masih belum mengenali sanak sedara mara Ultraman ini. Jom aku belanja! Eh, jom aku kenalkan ultraman punya sedara selain utraman yang biasa ini.
 
 


ULTRA SEVEN
Suka beli Slurpee dan suka pergi ke kedai serbaneka 24jam 7-Eleven.

ULTRAMAN JACK
Minat penggusti Jake "The Snake" Rober tetapi tidak minat ularnya.

ULTRAMAN ACE
Suka main tennis dan buat servis ace dan servis S (servis Sidek).

ULTRAMAN TARO
Suka makan makanan ringan Tora (Tora datang lagi) sebab ada mainan percuma.

ULTRAMAN LEO
Suka dekat leonardo di Caprio, lonel Messi dan Leonard Tan (penyanyi Cina Malaysia) dan Datuk Seri Leo Michael Toyad. Biarpun berbintang Leo beliau tidak suka ralaman horoskop, tipu katanya.

ULTRAMAN JONIAS (JOE)
Suka penyanyi omputih, kumpulan Jonas Brother dan penyanyi dedulu, Fazidah Joned dan Joe Flizzow (Too Phat).

ULTRAMAN 80
Beliau akan ambil pencen piihan pada usia 80 tahun nanti dan dilahirkan pada tahun 1980.

ULTRAMAN GREAT
Minat Alexander The Great dan minat ahli Greg "The Hammer" Valentine.

ULTRAMAN POWERED
Suka minum Power Root (saya memang motor!) dan pakai kasut Power.

ULTRAMAN NEOS
Suka kereta Satria Neo tetapi tidak ada lesen pasal tidak ada masa nak pergi dengar ceramah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

ULTRAMAN DYNA
Minat dekat penyanyi Dina, pengacara Wardina, Pelakon Dynaz dan juga kumpulan Dinamik serta penggusti Dynamite Kid.

ULTRAMAN ZEARTH
Ultraman ini suka atau kuat berahsia.

ULTRAMAN TIGA
Suka menonton TV3 tetapi tidak sempat lawan Bintang Tiga (komunis zaman Malaya) sebab diorang bukan spesies raksasa.

ULTRAMAN GAIA
Meminting gaya, mutu dan keunggulan. Suka lagu Gaia, Zainal Abidan dan lagu lama-lama nyanyian Gaya Zakri, contohnya Asrama.

ULTRAMAN AGUL
Ultraman yang suka bersedih dan nampak sugul tetapi suka tengok gol dalam permainan bola.

ULTRAMAN MEBIUS
Suka pakai ubat bius masa sakit sebelum lawan raksasa.

Kemungkinan terdapat beberapa lagi ultrama yang tidak tersenarai dan semuanya ialah keluarga Ultraman dan terdapat begitu ramai dan banyak ahli keluarga Ultraman ini dan oleh itu pelbagai kegemaran kita dapat lihat daripada nama yang diberikan. HEHE! 
 shakroil.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...