Hukuman kes khalwat :
Kalau sebelum ini, Datuk Seri Hasan Abdul Rahman telah kena gantung
tugas selama 2 minggu daripada 14 November 2012 sehingga 3 Disember
2012.
Dan semalam, hasil mesyuarat SPA yang
dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan
Sri Mahmood Adam dah “jumpa” hukuman yang sesuai untuk diberikan kepada
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ini dan pasangannya, Wan Syarifah
Nooraazmanita Wan Hassan.
Tindakan Tatatertib SPA Kepada Kakitangan Kerajaan Yang Berkhalwat?
Tindakan tatatertib terhadap terhadap
kedua-dua kakitangan kerajaan ini mengikut Peraturan 33(1),
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
- Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahmanmerupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan Malaysia kena turun pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang beliau pegang sekarang ini
- Manakala, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
Owh…hanya kena turun pangkat sahaja.
Semakan kami juga di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih
lagi menunjukkan yang Datuk Seri Dr,. Hasan Abdul Rahman masih lagi
menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.
Cumanya mungkin pangkat sahaja diturunkan kepada TURUS III.
Mungkin inilah salah satu contoh hukuman
yang akan diberikan & digunapakai kepada kalangan kakitangan awam
yang terbabit dengan kesalahan, seperti yang pernah dilakukan sendiri
oleh kakitangan kerajaan yang berjawatan tinggi seperti gambar di atas.
beritasemasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan