Rabu, 5 Disember 2012

Pengalaman Seram Seorang Pekerja Hotel

Kisah seram yg akan NH paparkan ini berlaku di sebuah hotel, ianya terjadi pada salah seorang pekerja housekeeping di hotel tersebut.. Nh nasihatkan pada korang jangan sekali-kali membaca kisah ini selepas 12 malam, bimbang kisah seram ini akan terbawa-bawa di dalam mimpi korang nanti.. 
KISAH BERMULA

gambar hiasan

Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yg di tugaskan menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu.. Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala urusan pada malam tersebut...





Bunyi deringan talipon yg tidak putus di bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah jugalah dia sering  mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut..


Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yg sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg  beroperasi sedari pagi tadi.. 


suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat dari dalam office, Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di lekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis.. di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yg agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..




Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada jawapan yg di berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yg berlaku di dalam bilik tersebut  sehingga membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu, Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..


Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? bulu roma hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku sebenarnya, cerita-cerita seram yg di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia teringat, bilik yg dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat.. 



gambar hiasan

Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka,  serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang...


Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri hadi, tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..


tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut... dan bau yg meloyakan tekaknya..


Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu, berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..


Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping.. setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup.. misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu anda?


P/s : terima kasih kerana membaca karya dari NH ini, ingatlah, Kisah ini hanya sekadar hiburan.. tiada siapa dapat mengesahkan kebenarannya!!
nasirhamzahblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...