Ahad, 2 Disember 2012

Punca Jerawat Belakang Badan Dan Cara Mengatasinya

Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Ukhwah…
 
 Baru-baru ini aku diserang masalah ini dan sungguh, puncanya aku tak tahu dan selepas membuat kajian ringkas, barulah aku tahu puncanya adalah disebabkan perpeluhan yang sangat galak. . Mana taknya, setiap selasa, rabu, dan khamis malam, aku akan menghadiri latihan pingpong selepas solat isyak, habis je training, sampai je rumah, aku terus mendapatkan bantal dengan niat untuk merehat-rehatkan diri tapi rehat aku sampailah ke pagi. Macamanalah jerawat tak tumbuhkan? Macam orang mengantuk disorongkan bantal begitu jugalah jerawat tumbuh di belakang bila bakteria dah bersangkar kat baju yang berpeluh. Oh, teruk sangat perangai ini, tidak patut dicontohi.


Baiklah, kita teruskan dengan punca-punca jerawat belakang badan:
1. Disebabkan perpeluhan yang galak
2. Terus tidur ketika masih berpeluh
2. Resdung ( kebanyakan mereka yang tidak tumbuh jerawat di muka akan tumbuh jerawat di belakang badan. Kalau dua-dua ada, rezeki kalian memang besar)
3. Faktor pemakanan yang tidak sihat
Cara mengatasinya:
1. Mandi sebelum tidur
2. Kerap menukar baju. Jangan mengamalkan memakai baju banyak kali. (lelaki selalu buat ni)
3. Sapu bedak berubat seperti Agnesia atau Aiken selepas mandi.
4. Sapu krim benzoil peroksida 10% yang boleh didapati di farmasi.
5. Amalkan menukar tuala dan cadar tempat tidur sekerap mungkin. ( biasa orang guna sebulan baru tukar, itupun kalau teringatlah kan )
4. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dengan tidak cenderung terhadap sesuatu seperti ayam sahaja.
Ini adalah sekadar kajian peribadi aku. Semuanya boleh disangkal kerana tidak ada kajian saintifik pun. Sekadar berkongsi pengalaman dalam kehidupan.
cetusanhati.com

2 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...