Isnin, 17 Disember 2012

Resepi - Butter Cheesecake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan cheesecake yg sangat sedap. Saya suka kek ni sbb ianya lembut dan seakan span bila kita pegang. Kalau tekan2 kek tu, siap berbunyi lagi, mmng best. Sebelum ni pernah buat disini, tapi caranya lain sikit. Kali ni guna cream cheese gak, tapi caranya berbeza sedikit. Telur putih dan kuning di asingkan dulu, tu yg buat kek ni mcm kek span. Terima kasih pada Chef Norzailina kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Bagi penggemar cheesecake tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap sngt.


 
 
 
 
 

Kek Mentega Keju 
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. 
  11. yatiememories.blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...