Ahad, 16 Disember 2012

Resepi - Mee Ladna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Suka makan mee tak? Biasanya kalau jemu makan nasi, menu mee lah yg menjadi pilihan utama.. Kali ni saya masak mee ladna. Terpulang pada selera masing2 nak makan pedas ataupun tidak ya. Biasanya kami makan bersama lada jeruk...mmng sedap sangat. Saya amat berterima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi mee ladna yg mudah ni. Pada kawan2 yg tak tau nak masak apa dngn mee tu...bolehlah cuba mee ladna ni. Sedap dan amat sesuai di makan pada bila2 masa saja. Jom kita lihat bahan2nya.









Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus mee kuning [500 gram]
  • 100 gm udang [buangkan kulitnya]
  • 100 gm sotong [dipotong]
  • 100 gm isi ayam [dipotong]
  • kacang sepat
  • bunga kobis
  • 1 btng carrot
  • 1/2 biji capsicum merah dan hijau [potong panjang]
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 biji telur
  • air secukupnya
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap- saya tambah
  • Minyak masak
  • daun bawang & daun sup [racik]
  • bawang goreng
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
  2. Masukkan ayam, udang dan sotong
  3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos,kicap, lada hitam dan carrot.
  4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
  5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
  6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.
***Saya celur mee secara berasingan. Bila nak makan barulah siramkan kuahnya ke atas mee.
 yatiememories.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...