Sabtu, 1 Disember 2012

Resepi - Sambal Macang

Ada satu petang, anak teruna kite yang nombor dua tu, Irfan bawak balik dua bijik buah macang. Kat belah utara ni orang panggil buah macang, Ada yang sebut buah bacang, ada juga diistilahkan sebagai buah kuini.    Kata Irfan, mak kawan dia yang bagi untuk dia.. dua bijik pulak tu. Untuk dia je. Kawan lain tak bagi pun. Oh! Sungguh lah baik makcik tu. Mujur gak kawan dia tu lelaki.. Kalau pompuan, nak gak tanya kat Irfan.. ada tak makcik tu bagi tanda nak booking irfan untuk anak dara dia.. hikhikhik...

Kite suka buah yang bau-bau gini.. macam best jee.. sooo lah sangat tempting.Dan kebetulan kite masak hak entry lepas,  kite ada buat sambal belacan untuk digengkan dengan masakan tu. Dan demi ada lagi buah macang/kuini nih, kite hiris-hiris untuk dicampur dengan sambal belacan nih. Teringat zaman dulu, tok/grandmother kite suka sungguh buat sambal gini.. lazat sungguh.. rasa pedas dan masam manis buah .. adeehh.. kecoq ayaq lioq!








 Kite tulis gak resipi kite nih, untuk tidak mengecewakan sesiapa yang meng-google dan menjumpai blog nih.

Bahan-bahan :
  • 3 biji cili merah
  • 2 atau 3 bijik cabai melaka
  • sebesar ibu jari belacan
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa/limau nipis
  •  
Penyediaan :

Masukkan semua bahan, kecuali air asam jawa/air perahan limau dan hirisan buah macang/bacang/kuini ke dalam lesung batu. Tumbuklah semua bahan tersebut dengan bersungguh-sungguh supaya lumat. Andai tak berapa lumat pon best jugak.. Ikut kesuaian lah. Bila dah rasa ok, perahkan air asam jawa/asam limau, gaul sebati. Adjustkan rasa. Masukkan hirisan buang macang/bacang/kuini ke dalam sambal. Siap untuk dihidang.

Dah dulu.
Selamat berhari minggu dan selamat bercanda ria.. er.. kite kerja hari ni..

Enjoy!
kongsirespiblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...