Sisi
penting lain tentang maklumat yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-Quran
adalah tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam
ayat tersebut bahawa dalam rahim ibu, mulanya tulang-tulang terbentuk,
dan selanjutnya terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.
"Kemudian
air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami
jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan
tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci
Allah, sebaik-baik Pencipta. "(Surah al-Mu'minuun: 14)
Embriologi
adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim
ibu. Hingga akhir-akhir ini, para ahli embriologi beranggapan bahawa
tulang dan otot dalam embrio terbentuk secara bersamaan. Kerananya,
sejak dulu ramai orang yang menyatakan bahawa ayat ini bertentangan
dengan ilmu pengetahuan.
Namun
kajian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan
perkembangan teknologi baru telah mendedahkan bahawa kenyataan Al-Quran
adalah benar kata demi katanya.
Penelitian
di peringkat mikroskopik ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam
rahim ibu terjadi dengan cara sama seperti yang digambarkan dalam ayat
tersebut. Pertama, rangkaian tulang rawan embrio mula mengeras. Kemudian
sel-sel otot yang terpilih dari rangkaian di sekitar tulang-tulang
bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.
Peristiwa
ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah dengan ayat berikut: Dalam
minggu ketujuh, rangka mula tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang
mencapai bentuknya yang kita kenal. Pada hujung minggu ketujuh dan
selama minggu kelapan, otot-otot menduduki kedudukannya di sekeliling
bentukan tulang. (Moore, Developing Human, 6. Edition, 1998)
Ringkasnya,
tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam Al-Quran,
benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi modern.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan