Anda dah dapat kerja? tahniah dan diharap agar anda menyukai pekerjaan
anda itu dan mula bekerja dengan tekun. Namun untuk kebanyakkan pekerja
yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan, anda perlu berusaha juga untuk
mengelakkan beberapa kesilapan berikut jika mahukan yang terbaik dalam
kareer anda.
1. Takut untuk bersuara
Tak kisahlah ianya tentang kenaikkan pangkat, kenaikan gaji, atau
sekadar mahu memberi pendapat, adalah penting untuk anda berdiri dan
mempertahankan suara anda di pejabat. Semakin banyak keyakinan diri yang
anda ada, semakin baik pengaruh yang anda dapat dari teman-teman
sekerja. Cuma perlu ingat, lakukannya dalam cara yang penuh
profesionalisme.
2. 'Curi tulang'
Mungkin anda seringkali berfikir bahawa orang di sekeliling tidak peduli
atau tidak melihat apa yang anda buat sepanjang hari di meja pejabat
lebih-lebih lagi jika kerja anda itu jenis yang mudah diperhatikan. Jadi
adalah penting untuk menghadkan masa anda buat benda-benda yang tidak
related dengan pekerjaan seperti melayari Facebook dan berchating dengan
kawan-kawan lama. Mungkin bos anda nampak seperti relaks saja melihat
kelibat anda itu, tapi bos anda itu mungkin tidak akan menghargai
pekerjanya yang selalu curi tulang.
3. Cara berpakaian yang kurang sesuai
Kadangkala, para pekerja muda seringkali mengambil remeh perkara ini.
Salah satu benda yang boleh membantu atau membebankan anda ialah cara
anda mempersembahkan diri. Jangan terlalu ikut kepala otak sendiri dari
segi berpakaian. Mungkin anda rasa berpakaian kasual itu menyelesakan
anda di pejabat namun ianya tidak bagi teman sepejabat dan mungkin juga
bos anda. Kalau mahu kerja serius, jadi buat lah secara serius termasuk
cara berpakaian. Ikuti etika berpakaian yang telah disediakan majikan.
4. Tidak membina rangkaian (networking)
Ya, bekerja keras dan berdedikasi dengan tugas sangat penting untuk
berjaya dalam kareer. Tetapi hubungan profesional juga tidak kurang
pentingnya jika anda mahu dinaikkan pangkat dengan mudah. Banyak orang
muda yang takut untuk membina rangkaian. alah satu cara mudah untuk
memulakannya ialah dengan mencari teman sekerja yang dah lama berkhidmat
dan kemudiannya menjadikan dia sebagai career guidance anda.
5. Bergosip di pejabat
Mungkin ianya salah satu cara membina rangkaian juga tetapi elak dari
bergosip terutamanya di kalangan pekerja pejabat. Mungkin anda mengata
rakan sepejabat yang lain dan kemudian membina kumpulan tertentu di
pejabat. Itu adalah habit yang perlu dihindari kerana suatu masa kelak
ia akan menyukarkan kerja anda. Kalau pekerja lain datang kepada anda
dan bergosip atau sering komplen pasal kerja, ya, anda boleh sertai tapi
jadilah neutral.
6. Datang lambat ke pejabat
Bila perwatakan dah kemas, kerja pun serius, tapi tetiba datang lambat
ke pejabat, ianya akan mencalar imej dan reputasi anda juga. Bila datang
lambat ke pejabat, orang di sekeliling akan membina tanggapan yang
kurang baik terhadap anda tak kira lah ianya betul atau tidak.
7. Tampil terlaku yakin (over confident)
Banyak anak muda yang tampil terlalu yakin pada awal alam pekerjaan. Ya,
keyakinan penting ketika bekerja, tetapi kalau terlalu yakin, ia akan
membuatkan orang di sekeliling meluat dengan anda. Harus diingat untuk
selalu merendah diri dan sedar tempat anda di dalam syarikat itu. Yang
penting kena jaga batasan ketika bekerja.
http://www.edisiblogger.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan