SEBAGAI seorang umat Islam, antara cita-cita dan harapan kita ialah
untuk meninggal dunia di tanah haram iaitu tanah suci Makkatul Mukaramah
dan juga untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinatul Munawarah
tempat bersemadinya jasad baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Bagi jemaah haji dari Malaysia, pastinya ramai yang mempunyai impian
sebegitu. Pada tahun ini ada kematian jemaah haji Malaysia direkodkan
berlaku kebanyakannya kerana serangan sakit jantung dipilih oleh Allah
untuk meninggal dunia di tanah suci Islam itu.
Sempena musim haji tahun ini penulis ingin berkongsi sebuah video
sebuah cerita yang diceritakan oleh seorang pendakwah bebas Ustaz
Abdullah Khairi yang cukup menyayat hati.
Saya pasti para pembaca mynewshub.my akan turut menitiskan air mata
tatkala mendengar cerita kematian yang diredhai oleh Allah sepertimana
yang diceritakan oleh Ustaz Abdullah.
Beliau menyingkap kembali peristiwa seorang pakcik yang meninggal
dunia di atas ribanya tatkala mengucap kalimah Allah ketika pulang dari
Mudzaliffah mengutip batu-batu kecil untuk ibadah melontar jamrah.
Video itu selama 12:17 dihasilkan oleh TH Filem sebagai perkongsian
bagaimana kematian sebegitu begitu diimpikan oleh seorang umat Islam.
Menurut Ustaz Abdullah, pada ketika awal berada di Makkah arwah
pakcik yang diceritakan beliau mendoakan agar dimatikan Allah dalam kain
ihram berbeza seperti doa-doa jemaah haji yang lain.
Selepas berada di Makkah mengerjakan haji, akhirnya Allah makbulkan
doa pakcik itu dan dikembalikan ke rahmatullah di depan Masjid Khalid
Al-Walid, berdekatan Masjidil Haram, dalam keadaan wudhuk selepas solat
Subuh dan juga meninggal dunia dalam kain ihram.
mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan