Masa sekolah rendah dulu, memang suka tengok kartun. Masa tu Astro belum
beli, chanel TV pun hanya ada TV1, TV2 dan TV3 jer. Jadi masa tayangan
kartun itu memang dah hafal dan sudah set di kepala. Bila sampai waktu,
berebut duduk depan tv tengok kartun. Walaupun kualiti kartun itu tak
lah sehebat sekarang, tapi masa tu kami sangat enjoy tengok terutamanya
kartun superhero. Berikut antara 3 superhero dalam kartun tv ciptaan
tempatan yang masih segar di ingatan.
1. Keluang Man
Masih ingatkah anda dengan kartun tv Keluang Man? kartun cintaan
Malaysia ini memang sangat popular sekitar akhir tahun 90an. Kartun ini
ala-ala Batman gitu. Keluang Man atau nama siangnya, Burhan, merupakan
salah seorang pesakit mental di Tumpoi Mental Hospital. Disebabkan
kawalan keselamatan yang ketat pada waktu siang, Keluang Man hanya dapat
beraksi pada waktu malam sahaja.
Tiong dan Keluang Man |
2. Tiong Man
Tiong Man ini adalah sahabat rapat si Keluang Man ala-ala Robin dan
Batman gitu. Mereka sama-sama menjadi superhero menjaga keamanan waktu
malam.
3. Boboiboy
Ok, ini adalah kartun animasi yang masih baru dan aktif ditayangkan di
kaca televisyen sekarang. Kalau buka chanel Astro Ceria, korang boleh
tengok. Boboiboy bersama empat lagi rakannya iaitu Ying, Yaya, Gopal dan
Fang berjuang untuk melindungi bumi dari dikuasai Adu Du, si makhluk
asing yang cuba menawan bumi.
Memang banyak kartun tv tempatan yang telah dihasilkan. Tetapi kartun
yang lain bukanlah bertemakan kepada superhero. Yer lah kan, kalau semua
pun nak buat kartun superhero, tak seronoklah industri filem animasi
kita ni. Antara kartun lama yang paling saya suka ialah Anak-anak Sidek,
Usop Sontorian, dan Kampung Boy. Anyway, Kampung Boy masih disiarkan di
Astro Ceria sekarang.
http://www.edisiblogger.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan