GANGGUAN tidur mempunyai ragam yang tersendiri dan perlu diwaspadai oleh
orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dikenal
pasti :
1. Delayed Sleep Phase Disorder – masalah ini ditandai dengan
kesukaran tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun
pagi. Kebanyakan orang menganggap ia merupakan sesuatu yang normal
tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius
jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.
2. Insomnia – ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur,
terutama di malam hari. Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup
seperti stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.
3. Apnea tidur – biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang
mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat
saluran pernafasan tertutu, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru.
Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk
sepanjang hari.
4. Narcolepsy – merupakan gangguan neurologi yang disebabkan
kurangnya hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual
tidur dan bangun setiap hari. Narcolepsy akan membuat seseorang dapat
tidur walau di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda
mengantuk terlebih dahulu.
5. Restless Legs Syndrome – ia merupakan sebuah gangguan tidur
yang dirasakan pada kaki. Rasa tidak selesa dan nyaman ini seperti rasa
gatal dengan intensiti gerakan yang berbeza-beza, sering dirasai
menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.
6. Periodic Limb Movement Disorder – penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.
7. Sleep Walking – gangguan ini merupakan keadaan yang paling
parah ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang
biasanya dilakukan ketika di waktu jaga seperti berjalan, keluar rumah
dan lain-lain. Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah
mereka lakukan ketika sedang tidur ini.
sinar harian
nice share...http://imanvitahouse.blogspot.com
BalasPadam