Isnin, 28 Oktober 2013

Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough

  

Saya tidak pernah pun terlintas untuk membuat pizza kerana saya tidak berapa gemar memakan pizza. Tapi Aween asyik menyebut pasal pizza. Pandai pulak dia nak memujuk saya dengan mengatakan "mama kenalah buat pizza juga, barulah ada varities dalam blog mama. Nanti orang tengok masakan yang sama jer". Hahaha itulah bijak budak kecil tu memainkan perasaan kita. Memang dia sekarang ni pemakan. Ya lah usia seperti dia yang tengah membesar. Sampai malam tadi dia minta supaya saya bangun pagi pagi dan sediakan cucur udang untuk dia makan sebelum ke sekolah, bila saya beritahu yang saya bekerja hari ini, jadi mesti tak sempat.
 
 

Untuk memujuk Aween, saya mencari resepi pizza yang mudah, ada pizza ekspress yang hanya menggunakan roti gardenia saja sebagai base. Tapi dia tak mahu kerana itu bukan original pizza katanya. So apa nak jawab dengan anak anak yang minta dimasakkan makanan kegemaran. Tiada pilihan melainkan saya mengajak hubby ke Village Grocer mencari bahan bahan untuk membuat pizza. Seperti biasa saya akan cari yang mudah dibuat, menggunakan bahan yang simple dan yang penting, hmmm semestinya sedaaappp.... Doh ini sangat gebu dan lembut. Saya sangat sangat berpuas hati.


Sementara menunggu Aween balik dari sekolah saya menyediakan doh pizza. Hanya akan dibakar panas panas bila dia hampir sampai di rumah. Sesampai saja di rumah, dia terus membuat topping pizza sendiri.  Jom saya layan anda semua dengan langkah demi langkah menyediakan doh pizza resepi omputih. yeah...


Homemade Pizza Dough

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.




Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.






Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.



Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.




Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.






Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.

 

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian






Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.







Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping ...
 http://aziejaya.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...