mesti ramai yang perasan kenapa
kebiasaannya apabila pemandu lori,trailer atau bas berhenti tepi jalan
untuk makan atau lain-lain tak matikan enjin kenderaan tersebut? Adakah
susah untuk hidupkan kembali?
Enjin diesel tidak akan panas walau
berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada
kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.
Pernah lori yang abang lori (abang
pon pon) pandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana
perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari Kawasan Industri Kerteh,
Terengganu ke Pelabuhan Klang.
Walaupun sewaktu berhenti samada untuk
makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori (abang pon pon) ni
tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan
pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis Turbo) amat
sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.
Malahan telah menjadi amalan abang pon
pon selama ini, selepas enjin dihidupkan, abang pon pon akan menunggu
sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja
(working temperature) baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam
lingkungan 80 darjah celcius).
Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya.
Enjin lori ni cc dia besar, silinder
banyak, compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya
sgt ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi,
tidak bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang
ketat/berat memendekkan hayat starter motor.
Sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika enjin dimatikan..tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau habis..sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan
masa yang lama utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung
jenis lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu
lori tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.
kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel. Engine diesel memerlukan heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik.
Engine diesel yang selalu dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan
semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat engine “warp” atau
bengkok..itu sebab lori tak matikan engine kecuali tidak di gunakan
dalam jangka yg panjang (melebihi seminggu) sebab takut engine jadi
bengkok.
Bukan sebab susah start.. tapi pasal
lori2/bus guna brek angin. jadi bile engine running, presure angin
maintain. Jika diorg stop engine, presure angin akan berkurangan, jadi
kena tunggu presure naik baru boleh jalan (kena tunggu 1/2jam) baru ok.
kalau tak bahaya sebab takde brek..
http://melayukini.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan