Khamis, 31 Oktober 2013

Resipi Ayam Goreng Tandoori

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ayam Goreng Tandoori. Resipi Ayam Goreng Tandoori ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resipi masakan ini..

Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 Orang
 

Bahan-bahan:

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih  - dikisar
2 inci halia - dikisar
Garam secukup rasa

Sambal Merah:

200 gm cili kering - dikisar
200 gm bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
 
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1/2 jam
2. Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga garing.
 
Sambal Merah:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan tomato sos dan cili sos. Kacau rata sampai naik minyak.
3. Masukkan bawang besar dan gula. Masakkan sehingga pekat.
 http://resipimasakankini.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...