Begitu dahsyatnya
penciptaan bumi ini dan kita sebagai manusia tidak boleh berkata kecuali
mengucapkan Subhanallah, yang telah menciptakan alam semesta ini
beserta apa yang berada di atasnya sedemikian indah dan mempesona
sehingga kita boleh menetap di atasnya dengan tenang dan damai.
Begitupun laut dan
samudera yang luas mempunyai rahsia yang telah dibicarakan dalam al-
Qur'an sejak 14 abad lalu. Jadi apa pendapat para ilmuwan setelah mereka
berjaya menjalankan penyelidikan ilmiah ini ?
يقول تعالى: (أَوْ
كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ
مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ
يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا
فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ)[النور: 40].
Ertinya: " Atau seperti
gelap gelita di lautan yang dalam yang diliputi oleh ombak , yang di
atasnya ada ombak , di atasnya ada awan. Gelap gelita tindih menindih.
Apabila dia mengeluarkan tangannya tidaklah hampir dia melihatnya dan
barang siapa yang tiada diberi oleh Allah cahaya maka tidaklah ada
baginya sedikit cahaya pun " . Q.S. An - Nur; 24:40
PENJELASAN AYAT
Dalam ayat ini, Allah
SWT berbicara kepada kita sikap dan pengingkaran orang-orang kafir
terhadap ayat-ayat Allah dan perjumpaannya pada hari Kiamat nanti serta
pembangkangan mereka terhadap rasul-Nya. Perbuatan yang mereka lakukan
di dunia ini diibaratkan mengejar sesuatu yang bersifat fatamorgana
dengan termengah-mengah di belakangnya.
Jika mereka tidak
berjaya mencapai tempat yang dituju itu, mereka tidak akan mendapatkan
apa-apa dan mereka merasa apa yang mereka lakukan adalah sia-sia.
Perumpamaan orang kafir ini diibaratkan seperti manusia hidup dalam
kegelapan laut yang dalam dan hampir-hampir tidak melihat sesuatu kerana
gelap gelita.
Imam Al- Qurthubi,
seorang ulama tafsir terkenal berkata: (di samudera yang dalam ) yang
tidak terjangkau dasarnya yang diliputi oleh ombak , yang di atasnya
yakni di atas ombak itu, ada lagi ombak yang lain sehingga ombak
berlapis-lapis dan di atasnya yakni di atas ombak yang berlapis itu ada
lagi awan gelap yang menutupi cahaya yang menyinari langit. Demikianlah,
seperti apa yang dikatakan ahli saintis kini.
FAKTA ILMIAH
Ketika para ilmuan
mengharungi samudera yang dalam mereka mendapati bahawa dalam laut yang
sangat dalam itu diliputi oleh kegelapan dan tahap kegelapanya
menghalang manusia untuk melihat sesuatu. Kegelapan ini semakin
menjadi-jadi jika ombak dan gelombang datang bertubi-tubi apalagi jika
awan tebal dan hitam menyelimuti angkasa.
Sebagaimana juga mereka
mendapati bahawa di dalam laut yang sangat dalam itu terdapat ombak yang
berlapis-lapis dan tidak mungkin seseorang melihatnya kecuali dia
menyelam sehingga 100m kedalaman laut. Ombak yang terdapat dalam lautan
ini lebih besar dari ombak yang terdapat di atas permukaan. Subhanallah
...
ILMIAH MUKJIZAT AL -QUR'AN
Dalam ayat ini terdapat dua penemuan saintifik yang sesuai dengan ayat Al-Quran surat An- Nur; 24:40 , iaitu :
1 . Tentang gelapnya laut yang dalam yang baru ditemui oleh para ilmuwan baru -baru ini
2. Terdapat ombak dan gelombang dalam laut itu secara berlapis/menimbun.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com judul artikel Subhanallah, Lihatlah Allah Ciptakan Kegelapan Laut.
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan