1)
Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin
dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri
anda. Ini kerana mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain untuk
berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk yang lama.
Nanti orang akan cakap yang anda ni seorang yang cakap tidak serupa
bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.
2) Mula
melakukan perubahan secara perlahan-lahan dahulu. Tidak dinafikan
sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa yang singkat atau dalam
tempoh sekelip mata saja. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan,
dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda
inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang
besar dalam diri anda.
3) Lakukan
perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang
lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah
maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk
melakukannya. Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ianya terus
dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan
mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.
4) Berusaha
untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan
bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan
sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa anda seolah-olah memanjakan
diri anda untuk berubah. Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika
tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal
diri anda.
5) Apabila anda
telah berjaya melakukan perubahan dalam diri anda maka anda perlu
mengulangi perubahan tersebut sehingga ia akan menjadi sebati dengan
diri anda. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya
akan berjaya untuk berubah seketika sahaja dan selepas itu anda akan
kembali kepada takuk yang lama. Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan
yang telah anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.
Sebagai
kesimpulan, anda perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik
kerana ia adalah sangat dituntut dalam islam. Tapi jangan pula anda
berubah kerana disebabkan oleh orang lain. Anda perlu ikhlas untuk
berubah demi kebaikan diri anda sendiri juga. Selepas itu bolehlah anda
mengajak orang lain pula untuk berubah seperti anda. Jika ia dilakukan
dengan niat dan cara yang betul, insyaallah orang lain akan dapat
berubah seperti yang anda harapkan. Anda juga akan mendapat ganjaran
pahala jika anda berjaya mengajak orang lain berubah ke arah yang lebih
baik.
http://akusobriyaacob.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan