Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:
1. Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat
pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh
(spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau
lelaki.
2. Orang tua
Kamu mesti menghormati
ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi
atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi
dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh
berhenti.
3. Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah,
sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia
memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.
4. Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai
rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau
kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang
ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis
matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula
jadi.
5. Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.
6. Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.
7. Suku bangsa
Jangan sekali menyesal
menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh
dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah
hidup kita.
Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
1. Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
2. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
3. Lakukan perubahan
secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus
melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip
mata.
4. Jika ia dilakukan
secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang
diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan
besar dalam diri.
5. Lakukan perubahan
pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana
semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah
untuk melakukannya.
Perkara kecil jadi lebih
besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang
untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
Berusaha untuk berubah
dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita
perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
Jika diri kita tidak
dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga
menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
Jika perubahan itu hanya
dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja
dan selepas itu kembali ke takuk lama.
Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.
*Sumber dari hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan