Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Hasan Malek berkata, kenaikan harga gula yang berkuatkuasa pada sabtu
sebenarnya memberi penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan untuk tujuan
pembangunan.
Beliau berkata, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2014 oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa harga gula akan naik
dari RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 sekilogram, berkuatkuasa pada
Sabtu.
"Bagaimanapun, kita kena lihat dari sudut positif, bagi pemansuhan
subsidi gula tersebut... kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan
sebanyak RM64.02 juta bagi tahun 2013 dan RM551.25 juta pada 2014.
"Ini bermakna ada penjimatan wang kerajaan dengan penurunan subsidi.
Lebihan (penjimatan) ini nanti dapat digunakan untuk pembangunan dan
struktur-struktur yang lain," katanya kepada pemberita selepas
pembentangan Bajet 2014 di Parlimen di sini, Jumaat.
Kenaikan harga gula disebabkan oleh pemansuhan subsidi terhadap barang kawalan itu sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa pada Sabtu.
Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, pemansuhan subsidi
itu akan memberikan keuntungan kepada tahap kesihatan rakyat.
"Kita mahu rakyat hidup sihat. Hari ini ramai yang kena penyakit
kencing manis kerana berlebihan gula. Dan ini kita perlu lihat secara
positif.
"InsyaAllah dengan penerangan yang kita akan pergiatkan nanti, rakyat akan tahu dan faham tentang perkara ini," katanya.
Najib yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2014
berkata, langkah mengurangkan subsidi gula sebanyak 34 sen itu bertujuan
untuk mengurangkan jumlah pesakit diabetis di negara ini yang agak
membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang
berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetis dan jika tidak
dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung
dan kerosakan buah pinggang.
"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis
dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," kata Najib.
Open : Anda fikirlah sendiri kesan kenaikan harga barang makanan ini
mstar
Untuk mengetahui sebab-sebab kenaikan harga gula secara ilmiah dan fakta, silalah membaca,"Memahami kontrak niaga hadapan komoditi gula dunia dan kesannya kepada harga gula tempatan".
BalasPadamhttp://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/11/memahami-kontrak-niaga-hadapan-komoditi.html