Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah
menjadi jutawan dan hidup serba mewah! Isabella Barret bukan gadis cilik biasa.
Di usianya yang baru 6 tahun, dia sudah menjadi jutawan. Berkat memenangi
pelbagai pertandingan kecantikan, tampil di TV dan memiliki perniagaan
kecantikan membawanya menjadi seorang yang kaya dengan kehidupan yang mewah.
Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang
Isabella Barret:
1. Pertandingan Kecantikan
Sejak kecil lagi, Isabella sering dibawa
menyertai pertandingan kecantikan oleh ibunya, Susanna. Dengan bangga,
kanak-kanak yang kerap berpenampilan seksi itu mengatakan, “Saya tidak pernah
kehilangan apa-apa dan hampir setiap pertandingan yang disertai, saya menang.”
2. Mempunyai 60 Pasang Kasut
Kanak-kanak yang sering mengikat rambutnya
ini adalah penggemar kasut. Dia memiliki lebih dari 60 pasang kasut.
3. Setiap Baju Berharga Hampir RM 30ribu
Susanna menghias anak kesayangannya itu
secara habis-habisan. Setiap kali mengikuti pertandingan, baju dan perhiasan
yang digunakan Isabella boleh mencapai US$ 10 ribu atau hampir RM 30 ribu.
Susanna mengaku, selama dua tahun ini dia mengeluarkan perbelanjaan sekitar US$
50 ribu atau RM 150 ribu untuk menghias Isabella agar menang di pertandingan
kecantikan yang disertai.
4. Bisnes Perhiasan & Kosmetik
Bersama ibunya, Isabella memiliki line
perhiasan dan kosmetik berjenama ‘Glitzy Girl’. Koleksinya termasuklah lip
gloss, lipstick, blusher sehingga ke aksesori seperti gelang dan rantai. Awal
bermulanya perniagaan tersebut adalah dari setiap pertandingan yang disertai,
Isabella menggunakan gelang dan pelbagai perhiasan lain. Banyak peminatnya yang
suka dengan perhiasan tersebut sehingga memberi mereka idea untuk menjualnya.
5. Hidup Mewah
Isabella kini hidup mewah dan bergelumang
dengan harta. Kanak-kanak yang sering meniru gaya wanita dewasa itu sering
bercuti dan menginap di hotel-hotel mewah. Tidak seperti kanak-kanak lain yang
suka memesan makanan seperti kentang dan burger, dia sebaliknya memilih makanan
seperti filet mignon dan lobster yang berharga hampir beratus dolar untuk
setiap hidangan. “Saya tahu ini kelihatan seperti sombong, tetapi ini bagi saya
ia lucu melihat gelagatnya dan ini sebahagian dari kehidupannya,” ujar ibu
Isabella.
oh senyum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan