Khamis, 17 Oktober 2013

Rahsia Bahasa Tubuh Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Rahsia Bahasa Tubuh Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Rahsia Bahasa Tubuh Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Rahsia Bahasa Tubuh Yang Anda Mungkin Tidak Tahu | Bahasa tubuh adalah satu bahasa yang tidak menggunakan bunyi, tiada perkataan, dan apabila ia cuba disampaikan ia akan terus untuk mempengaruhi perasaan atau minda seseorang.
 


Memeluk tubuh

Seseorang yang memeluk tubuh menunjukkan sikap defensif atau melawan. Apa yang dimaksudkan dengan sikap defensif adalah berkemungkinan seseorang itu sukar untuk memberikan pertolongan. Mereka akan memberikan pertolongan hanya apabila diminta sahaja. Seseorang yang marah atau tidak menyutujui tentang sesuatu perkara akan memeluk tubuh untuk mengekspresikan perasaan mereka, dan itulah yang dimaksudkan sikap melawan. Memeluk tubuh juga menggambarkan bahawa seseorang itu berada dalam keadaan selesa dan tidak peka kepada keadaan sekitar. Hanya memikirkan mengenai dirinya sahaja.

Mengangguk kepala

Seseorang yang mengangguk kepala menunjukkan bahawa mereka menyutujui atau memahami tentang sesuatu perkara itu. Tetapi apabila seseorang itu mengangguk kepala dengan mengayunkan kepala terlalu banyak, ia menunjukkan bahawa mereka mungkin sedang berada di dalam situasi gugup atau kecemasan.

Berdaham(batuk dengan sengaja)

Apabila seseorang itu membatukkan dirinya dengan sahaja in menunjukkan satu perasaan kitidakpastian atau ketidaksefahaman. Selain daripada itu juga ia, menunjukkan bahawa mereka telah mengesan penipuan atau cuba memberikan isyarat kepada rakan lain bahawa orang yang sedang sedang bercakap mungkin sedang cuba untuk menipu mereka.

Menyentuh atau menggosok hidung,telinga atau mata

Seseorang yang menyentuh atau menggosokkan hidung, telinga atau mata menunjukkan bahawa mereka curiga mengenai keputusan yang mereka buat. Selain daripada itu, ia berkemungkinan juga memberi isyarat bahawa penolakan pendapat mengenai sesuatu perkara, keraguan, atau penipuan. Ada juga pendapat menyatakan bahawa apabila seseorang itu cuba untuk menipu, tindakan separa sedar yang akan mereka lakukan adalah dengan menyentuh atau menggosokkan hidung.

Mengerutkan kening/mengetip bibir

Seseorang yang mengerutkan kening menunjukkan bahawa mereka tidak percaya terhadap apa yang cuba dikatakan oleh orang lain. Ia juga menunjukkan perasaan curiga terhadap sesuatu kenyataan. Mengetip bibir pula menunjukkan bahawa kemarahan dalaman atau tekanan yang dihadapi oleh seseorang.
 http://gilerkentang.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...