Neil Armstrong mengukir namanya sebagai manusia pertama yang
menjejakkan kaki ke bulan..Kematiannya angkasawan bernama Neil Armstrong
sangat mengejutkan dunia.. Pilihan untuk mengebumikannya di dasar
lautan kelihatan amat pelik sekali untuk Neil Armstrong..Tetapi itulah yang berlaku pada majlis pengebumiannya.. Kenapa dia di kebumikan di dasar lautan?
Keluarga Neil Armstrong semalam mengumumkan bahawa angkasawan terkenal
itu dikebumikan di dasar lautan..Neil Armstrong dikebumikan di laut
kerana beliau pernah berkhidmat sebagai seorang juruterbang pejuang
tentera laut sebelum menjadi seorang angkasawan.. Pilihan untuk
dikebumikan di dalam dasar lautan mungkin kelihatan agak ganjil bagi
kita..
Neil Armstrong meninggal dunia pada umur 82 dari disebabkan komplikasi
jantung..Sebuah majlis peringatan telah dijadualkan pada 12 September di
Washington yang mana pengkebumian di laut adalah perkara biasa bagi
veteran tentera laut yang telah meninggal dunia..
Isteri Neil Armstrong, cucunya dan beratus-ratus orang yang berkabung
dan berkumpul untuk memberi penghormatan kepada Neil Armstrong, manusia
pertama ke bulan,pada majlis yang telah diadakan pada Jumaat lepas.
Beliau telah diberi penghormatan sebagai seorang wira dunia..
Neil Armstrong telah berjaya menjejakkan kaki ke bulan dalam misi Apollo
11 pada 20 Julai 1969..Beliau merupakan manusia yang pertama ke sana
dan telah disaksikan oleh penonton di seluruh dunia melalui kaca
televisyen..
‘Amerika telah benar-benar hilang legenda,’ kata Eugene Cernan,
angkasawan Apollo yang merupakan manusia terakhir yang telah berjalan di
atas bulan.
Armstrong merupakan ikon dunia dan juga inspirasi kepada tentera,
pelajar sekolah dan manusia di seluruh dunia..Kematiannya sangat memberi
kesan yang mendalam kepada manusia sejagat.
TAOTAU AJER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan