Tercatat dalam beberapa hadis mengenai bagaimana Rasulullah mengambil kurma:
1 . Mencampur dengan keju, dalam HR . Abu Dawud no.3837 dan Ibnu Majah no.3343
Imam ibnul Qayyim
rahimahullah menjelaskan bahawa Zubdah ( keju ) dapat berfungsi
melembutkan najis, melemaskan saraf dan pembengkakan hempedu dan
kerongkong. Jika disapu pada gusi bayi akan mempercepatkan pertumbuhan
gigi.
2. Mencampur dengan timun , HR. Muslim no.2043 , HR. Bukhari no.5440 .
Rasa panas yang ada pada
kurma dapat mengimbangi rasa sejuk pada timun, kerana timun sukar untuk
dicernakan, sejuk dan kadang kala berbahaya. Sungguh ia suatu pelajaran
yang agung dari Rasul kita.
3. Memakan kurma dengan tembikai , HR. Abu Dawud no. 3836 .
Menganjurkan berbuka
puasa dengan kurma basah ( ruthab ), jika tidak ada dengan kurma kering,
kalau tidak ada dengan meminum air seteguk demi seteguk . HR Abu Dawud
no.2356 .
Hadis ini mengandungi
hikmah agung dari sudut kesihatan, yang diperlukan oleh orang yang
berpuasa adalah zat gula yang mudah diserap oleh darah, perut dan usus.
Zat gula ( glukosa dan fruktosa ) memerlukan masa 5-10 minit untuk
diserap dalam usus manusia ketika dalam keadaan kosong. Sehingga waktu
tersebut dapat digunakan sementara untuk mengerjakan solat maghrib.
4. Melarang memakan kurma bagi orang yang baru sembuh dari sakit, HR. Abu Dawud no.3856 .
5. Boleh memakan kurma walaupun sakit mata , HR. Ibnu Majah no.3343 .
6. Memerintahkan jangan membuang kurma yang di dalamnya terdapat ulat, namun membersihkannya , HR. Abu Dawud no.3832 .
(Dikutip dari tulisan Zaki R )
Memakan 7 buah kurma dapat dielak diracun dan sihir.
Dalam Sahih Bukhari dan
Muslim, diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqash , dari Nabi Shallallahu '
Alaihi wa Sallam beliau bersabda ' Barangsiapa mengambil kurma Ajwah
pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau
sihir ' .
Ajwah merupakan salah
satu jenis kurma yang berasal dari Madinah, dikenali sebagai kurma Hijaz
yang terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya yang baik, padat dan agak
keras, namun termasuk kurma yang paling lazat harum dan empuk. Biasanya
kalau anda kunjungi ke pasar yang menjual kurma, harga kurma tersebut
antara yang paling tinggi diantara yang lain. (Berbagai sumber)
*Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan