Dalam astronomi dan ilmu fizik, kita mengenal adanya suatu fenomena alam yang sangat menarik iaitu lubang hitam (black hole).
Lubang hitam adalah suatu entiti yang memiliki medan graviti yang
sangat kuat sehingga setiap benda yang telah jatuh di persekitaran zon
magnetik tersebut (daerah di sekitar inti lubang hitam), tidak akan
boleh keluar lagi. Bahkan radiasi elektromagnetik seperti cahaya pun
tidak dapat melarikan diri, akibatnya lubang hitam menjadi “tidak
kelihatan”.
Ternyata, dalam matematik juga fenomena yang unik wujud dan mirip
dengan fenomena lubang hitam iaitu bilangan lubang hitam. Walau pun
ianya hanya sebagai analogi dengan kejadian sebenar lubang hitam, namun
uniknya fenomena matematik ini amat menarik sekali. Apakah yang
dimaksudkan dengan bilangan lubang hitam ini atau bagaimana sebenarnya
bilangan lubang hitam itu? Mari kita bermain-main sebentar dengan angka
yang mewujudkan hasil yang unik ini.
Cuba anda pilih sesuatu nombor sesuka hati. Nombor pilihan anda
mestilah bermula dengan sebarang nombor positif (bilangan mulai dari 1
sehinggalah sebarang nombor yang boleh mencapai sebarang angka -tak
terbilang). Sebagai contoh, katakanlah 141.985. Kemudian hitunglah
jumlah digit genap, digit ganjil, dan total digit bilangan tersebut.
Dalam kes ini, kita akan dapati 2 digit genap, 4 digit ganjil, dan 6
jumlah digit). Lalu gunakan digit-digit ini (2, 4, dan 6) untuk
membentuk bilangan berikutnya, iaitu 246.
Ulangi hitung jumlah digit genap, digit ganjil, dan total digit pada bilangan 246 ini. Kita dapatkan 3 (digit genap), 0
(digit ganjil), dan 3 (jumlah total digit), sehingga kita peroleh 303.
Ulangi lagi hitung jumlah digit genap, ganjil, dan total digit pada
bilangan 303. (Catatan: 0 adalah bilangan genap). Kita dapatkan 1, 2, 3 yang dapat dituliskan 123.
Kesimpulan Susunan Hitungan adalah seperti berikut:
141.985 >> 246 >> 303 >> 123
Jika kita mengulangi langkah di atas terhadap bilangan 123, kita akan
dapatkan 123 lagi. Dengan demikian, bilangan 123 melalui proses ini
adalah lubang hitam bagi seluruh bilangan lainnya. Semua bilangan di
alam semesta akan ditarik menjadi bilangan 123 melalui proses ini, tak
satu pun yang boleh lolos nombor unik ini.
Tapi benarkah semua bilangan akan menjadi 123? Sekarang mari kita
cuba suatu bilangan yang bernilai sangat besar, sebagai contoh
katakanlah
122333444455555666666777777788888888999999999.
Jumlah digit genap, ganjil, dan total adalah 20, 25, dan 45. Jadi,
bilangan berikutnya adalah 202.545. Lakukan lagi iterasi (pengulangan),
kita peroleh 4, 2, dan 6; jadi sekarang kita peroleh 426. Iterasi sekali
lagi terhadap 426 akan menghasilkan 303 dan iterasi terakhir dari 303
akan diperoleh 123.
122333444455555666666777777788888888999999999 >> 202545� >>426 >> 303 >> 123 -> Nah, muncul lagi angka 123.
Sampai pada titik ini, iterasi berapa kali pun terhadap 123 akan
tetap diperoleh 123 lagi. Dengan demikian, 123 adalah titik absolut sang
lubang hitam dalam dunia bilangan.
Namun, apakah mungkin saja ada suatu bilangan, terselit di antara
rimba raya alam semesta bilangan yang jumlahnya tak terhingga ini, yang
dapat lolos dari jeratan maut sang bilangan lubang hitam, sang 123 yang misteri ini?
Cuba fikirkan betul-betul…Carilah sebarang nombor yang mungkin lolos daripada nombor unik 123 ini.
Contoh-contoh lain untuk tatapan anda adalah:
Contoh 1
322324.254596874
8615 => 224 => 303 => 123
Contoh 2
254.369
336=>123
Contoh 3
1548121368
1548121368
5510 => 134 => 123
Contoh 4
1 => 011 => 1232
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan