Sabtu, 4 Januari 2014

Fakta - Asal Usul Kenapa Brunei Tidak Masuk Malaysia

brunei
Setelah Sultan Omar Ali Saifudin III mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, ini menyebabkan Tunku Abdul Rahman cuba memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara Brunei. Disebabkan tekanan itu, Brunei menghadapi masalah pentadbiran pada ketika itu.

Walaupun telah diberikan tekanan namun Sultan Omar Ali Saifudin III masih lagi tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifudin III semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah disebabkan kedudukan Kesultanan Brunei yang akan diletakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan Omar Ali Saifudin III adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Kerajaan Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei. Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka akan dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah ditolak oleh Sultan Omar Ali Saifudin III  atas sebab tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan.

Sultan Omar Ali Saifuddin
Sekarang Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat dan maju. Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga petrol yang terendah, pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang tinggi.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai lagi rakyat tempatan yang tidak diambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri Tenaga nya berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang kepada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak boleh berada di Brunei. Ini adalah satu amaran keras dan terbuka supaya syarikat-syarikat industri Minyak dan Gas akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata kepadanya “Kamu sudah seperti Brunei itu adalah lebih baik untuk kamu”

Jika suatu ketika dulu Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia mungkin perkara berikut akan terjadi.
1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai untuk hasil minyak, malah 95% daripada hasil minyak akan pergi ke Pusat jadi tinggal 5% untuk Brunei.
2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)
3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)
4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa membuat pinjamam dari PTPTN.
5. Ramai orang luar dari Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bantahan daripada pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan diberikan jawatan peringkat rendah dengan gaji yang rendah juga.
6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei ramai yang akan terpaksa beli kereta Proton dan Perodua.
7. Jalan bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak-rombak dan berlubang.
8. Rakyat Brunei ada yang akan hidup dalam kemiskinan.
ammar blog

8. Rakyat Brunei ada yang akan hidup dalam kemiskinan
- See more at: http://kopilekat.blogspot.com/2014/01/info-asal-usul-kenapa-brunei-tidak.html#sthash.ha0TwR5H.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...