Memahami masalah ini tidak dapat dielakkan, seorang anak muda tempatan yang juga seorang web designer, Mohd Azree mengambil langkah alternatif iaitu dengan membina sebuah rumah kontena, trend rumah yang semakin popular di barat.
Rumah kontena, atau dalam bahasa inggerisnya, container house merupakan
rumah yang terbina dari beberapa blok kontena, yang biasanya boleh
dijumpai di atas kapal pengangkut barang. Kemudian blok-blok kontena ini
disambungkan menjadi sebuah rumah yang selesa mengikut citarasa pemilik
sendiri.
Menurut Mohd Azree, kos keseluruhan yang diperlukan untuk membina rumah
kontena ini adalah RM 50,000 termasuklah sebidang tanah seluas 2400 kaki
persegi. Lebih menarik, rumah tersebut hanya mengambil masa selama
seminggu untuk siap.
Apa yang paling menarik tentang rumah kontena adalah harganya yang murah
dan juga ketahanannya. Sebab itu anda boleh melihat kontena ini
digunakan oleh syarikat-syarikat pembinaan untuk dijadikan sebagai
'pejabat' di tapak pembinaan. Malah ada juga syarikat perhotelan yang
menjadikan kontena sebagai bilik hotel mampu bilik.
Tetapi rumah kontena Mohd Azree yang anda lihat di dalam gambar diatas
masih belum siap sepenuhnya. Bagi yang belum tahu, rumah kontena tidak
semestinya berbentuk kotak sahaja. Lihat gambar dibawah dan bayangkan
apa yang boleh anda cipta dengan rumah kontena.
Mungkin rumah kontena boleh dikomersialkan dan menjadi alternatif yang
serius kepada rumah-rumah di Malaysia yang semakin mahal. Di beberapa
buah negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, rumah kontena
sudah pun digunakan secara meluas malah ada yang membina rumah mewah
dengan menggunakan kontena sahaja.
Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumah kontena boleh melayari www.rumahkontena.com. - Siakapkeli.com.my
tips yg baik. saya masih mencari bahan bahan baru untuk membina sebuah rumah kontena (di Sabah)dengan kos pembinaan yg murah dan berbaloi. kontak : anceomartin@gmail.com
BalasPadam