Biasanya bakal mama yang sibuk menyiapkan persiapan diri sendiri dan
bakal anak. Bagaimana pula dengan bakal papa? Menjelang isteri bersalin,
apa yang sepatutnya dipersiapkan oleh bakal papa supaya proses
melahirkan anak tidak membuatnya menjadi panik.
Berikut beberapa tip yang mungkin boleh dijadikan panduan terutama kepada yang bakal melaluinya buat pertama kali.
Tanda tarikh jangkaan bersalin isteri
Pastikan anda telah menanda tarikh jangkaan bersalin isteri di kalender
peribadi anda. Jangan buat-buat lupa atau sengaja tidak mengambil tahu
tentang hal penting ini. Kini dengan pelbagai teknologi ‘peringatan’
yang ada dalam telefon pintar, bukan lagi alasan anda tidak ingat tarikh
penting tersebut. Buat awal senarai apa yang mesti dipersiapkan untuk
menyambut kelahiran anak supaya anda tidak panik jika tiba-tiba isteri
bersalin awal daripada tarikh jangkaannya.
Rancang cuti
Rancang cuti kerja anda menjelang saat isteri bersalin. Ketahuilah yang
isteri anda mahukan anda sentiasa ada di sisi untuk menemaninya
sepanjang menjelang proses bersalin. Peruntukan cuti untuk menemankan
isteri sebelum, semasa dan selepas bersalin (sekurang-kurangnya seminggu
selepas bersalin).
Simpan nombor kecemasan
Bukan hanya isteri sahaja yang perlu menyimpan nombor-nombor kecemasan
iaitu nombor telefon doktor dan hospital tempat melakukan pemeriksaan
antenatal. Suami juga perlu menyimpannya supaya mudah digunakan tatkala
kecemasan.
Mencari pengasuh bayi
Sebagai bakal papa, jangan serahkan tugas mencari pengasuh bayi kepada
isteri sahaja. Tidak salah jika anda juga sama-sama mencari maklumat
agar boleh saling berbincang mana yang terbaik untuk bayi anda.
Sebaiknya bincangkan ia sebelum tarikh jangkaan bersalin isteri supaya
anda sepakat membuat pemilihan.
pama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan