Selasa, 2 Oktober 2012

Pernah Tengok Kabel Dasar Laut Yang Menghubungkan Dunia?

Mudahnya hidup kita di dunia moden hari ini. Celik saja mata boleh terus update Facebook, layari Youtube, tweet di Tweeter atau jika perlukan sebarang maklumat hanya perlu taip di Google. Tetapi tahukah anda disebalik semua ini apakah yang menjadi tulang belakangnya? Sila baca untuk anda lebih appreciate apa yang anda nikmati hari ini.

Gambar di bawah ini merupakan kabel komunikasi bawah laut (submarine communication cable). Dengan panjang diameter 69 milimeter (2,7) inch, kabel ini mampu membawa 99% data-data internasional (internet, telefon dan data peribadi) yang menghubungkan semua benua di dunia, kecuali Antartika.
 
 
 
 
Pada awalnya kabel komunikasi bawah laut digunakan untuk membawa lalu lintas telegraf. Generasi berikutnya, kabel bawah laut digunakan untuk membawa lalu lintas telefon. Kabel modern yang telah menggunakan teknologi fiber optik digunakan untuk membawa data-data digital seperti telefon, internet dan data peribadi.
Peta di atas merupakan peta kabel bawah laut di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peta kabel bawah laut sila lihat di http://www.submarinecablemap.com/sebuah website interaktif tentang informasi kabel bawah laut di seluruh dunia.
Kapal di atas ini adalah CS Innovator Cable, sebuah kapal yang dirancang khusus untuk meletakkan kabel optik dan merupakan terbesar di dunia. Dibuat pada tahun 1995 oleh Kvaerner Masa, Finland. Kapal sepanjang 24 meter ini mampu membawa 8500 ton kabel fiber optik. Kapal ini memiliki 80 kabin, yang mampu bertahan di laut selama 42 hari.
Kandungan kabel:
1. Polyethylene
2. “Mylar” tape
3. Stranded metal (steel) wires
4. Aluminum water barrier
5. Polycarbonate
6. Copper or aluminum tube
7. Petroleum jelly
8. Optical fiber
Pada tahun 2006, jaringan satelit hanya menyumbang 1 peratus dari trafik maklumat, manakala bakinya dilakukan oleh kabel bawah laut. Kabel bawah laut memiliki keandalan tinggi, memiliki kapasiti pengiriman data dalam terabit per detik, sementara satelit hanya mampu mengirimkan data dalam megabit sedetik.
BILLYINFO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...