Sabtu, 6 Oktober 2012

Renungan – Mengapa Rasulullah SAW Menegur Sahabat Yang Ketawa

Terdapat satu kisah di mana Rasulullah SAW sedang berjalan menuju ke masjid, tiba-tiba dia terlihat sahabat sedang ketawa hingga menampakkan gigi. Lalu baginda menegur perbuatan mereka. Mengapa?

Pada zaman ini banyak kita lihat orang saling ketawa sesama mereka. Apa yang kita kesalkan, ketawa secara berlebihan itu boleh menyebabkan hati kita akan menjadi gelap. Seperti mana dalam satu kisah Rasulullah SAW dalam menegur sahabat yang sedang ketawa. Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.
 
 




Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”

Oleh tiu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, “Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.

“Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)

Keterangan:

Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat.

Melayukini.net - Kita dituntut supaya sentiasa mengingati mati tidak kira di mana kita berada. Terutama sekali apabila mahu melelapkan mata, ambillah masa sekurang-kurang 5 minit dan fikirkan apakah kita sudah melakukan persediaan untuk mati. Jika belum, perbanyakkanlah ibadah supaya kita ada bekalan di akhirat kelak.
melayukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...