Ahad, 14 April 2013

3 Cerita Lawak Untuk DiFikir2

Payung Terjun
payung_terjun 
Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya tetapi beg parachute
kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, “Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak menang All England lagi?”. Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, “Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang President”. Dia pula mengambil satu > beg dan terus terjun.





Penumpang ketiga menyampuk, “Ahh… aku President US! George W. Bush. Aku ada tanggungjaw ab yg berat untuk menjaga sebuah negara yg kuat. Tambahan pula,akulah President yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana yg hendak melihat aku mati?”. Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun, “Saya seorang Muslim dan saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg terakhir tu”.

Budak 10 tahun itu menjawap, “Jgn bimbang. Ada satu lagi beg parachute utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya”.

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : “Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?”

Suami : “Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya… secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop… Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula…

Isteri : “Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?”

Suami : “Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!”

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah…

Burung Kakak Tua : “SATU-SATU LAH… BODOH!!!”

Tak tahulah apa mesej dan pengajaran ayng tersirat dalam cerita lawak ini. Harap ianya dapat menghiburkan hati setelah membaca artikel-artikel yang agak berat.

Restoran Itali

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu…

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu… Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan…

“Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang” kata lelaki tadi..

“Maaf.. encik” jawab waiter

“Itu nama pemilik restoran ini”
 http://panduanpercuma.info/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...