Ahad, 14 April 2013

9 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia



Ibnu Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi). Beliau mengatakan bahawa ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia. Apakah pembaziran-pembaziran tersebut?

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:
 
 

1. Ilmu pengetahuan

Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2. Amalan

Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

3. Kekayaan

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

4. Hati

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5 .Tubuh badan

Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6. Cinta

Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Masa

Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8. Akal

Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9. Zikir

Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahua’lam…
nizarazu.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...