Keredhaan akan membuahkan rasa syukur yang merupakan tingkat
keimanan yang paling tinggi. Dalam tahap iman, rasa syukur itu adalah
puncaknya. Orang yang besyukur adalah orang yang paling menikmati
hidup. Mereka menjalani hidup dengan tenang setiap masa.
Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini tidak pernah dapat lari
daripada masalah. Masalah ini seolah-olah mengejar hidup setiap insan.
Jika tiada masalah maka ia tidak boleh dinamakan kehidupan. Masalah ini
kadangkala mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya
mahupun personaliti kita. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita
mengubah hidup kita seperti apa yang telah kita rancang sejak dari awal.
Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah
kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, masalah
pertengkaran dengan ibubapa, gagal dalam peperiksaan serta banyak lagi.
Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan
dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita
harungi, dan ada yang sebaliknya.Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia
memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Mengamalkankan sifat Syukur dalam kehidupan seharian membuatkan kita rasa tenang.
Syukur
adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.Tanpa
syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan
diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.Lihat sahaja kepada
contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah
SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.
Selain dari kita mensyukuri nikmat Allah, melakukan sujud syukur merupakan amalan sunnah.
Sujud Syukur ialah
satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan
terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah S.W.T atau atas
terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima
sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud
syukur.
Firman Allah yang bermaksud :“ Dan sesiapa yang bersyukur, maka
sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri,
(tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal
kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha
Terpuji. (Surah Luqman : 12).
Rukun sujud syukur adalah pertama, Niat keduanya, Takbiratul
Ihram ketiga, Sujud (sekali sahaja) baca Allahu Akbar ketika bergerak
sujud dan ketika bangun dari sujud dan di akhiri dengan Salam.
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat
yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi
nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis
Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Oleh itu, kita semua digalakkan supaya jangan dilepaskan peluang
melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat
tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah
S.A.W dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Dibawah ini adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه وبصره بحوله وقوتهMaksudnya: “ Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
Akhir kalam, betapa pentingnya kita bersyukur dan sentiasa istiqamah
dalam mengabdikan diri dan beribadat kepada Allah. Kalau kita sentiasa
bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan
menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu
amalan yang baik bagi menunjukkan kita bersyukur ialah dengan melakukan
sujud syukur.Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan
fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta
kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Tambah lagi dengan melakukan
amalan sujud syukur ni adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
http://www.islamituindah.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan