Wanita Yang Derhaka Kepada Allah
Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada
Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah
sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka
derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah,
maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal
sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri
yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan
iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran
rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran
rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam
neraka.
1. Tidak Mengenal Allah
Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu
belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah,
tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia
kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah
tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan
kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan
sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan
habuan dari iblis.
2. Cinta dunia, takut mati
Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi
mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut
berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam
kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan
sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah
merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan
tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang
dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang
dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu
seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu
seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.
3. Hati yang Kotor
Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji
seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan
disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan
syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta
kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji
seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan
paa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk
menampung cinta yang suci dan agung.
Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan
disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal
sepenuhnya oleh iblis.
4. Melakukan Dosa
Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak
berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding
dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat
cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk
membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.
5. Tidak Mahu Berdoa
Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan
Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang
dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba
yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan
akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk
mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.
- nak jadi bini sayer, jgn jadi golongan kat atas yer..tapi sedia membimbing..hekk! :
apahellblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan