, Lebih aneh, kerosakan jalan biasanya berlaku setiap kali selepas kerja-kerja pengorekan permukaan jalan oleh kontraktor mewakili pelbagai agensi. Penurapan semula yang dilakukan tidak berkualiti, menjadikan jalan mudah rosak.
Seperti tidak dipantau oleh JKR dan jika dipantau sekalipun, ia tidak dilakukan dengan tegas. Manakan tidak, banyak laluan di lorong kiri (daripada dua lorong) sentiasa cuba dielak oleh kenderaan kerana selalu menjadi mangsa kualiti turapan buruk para kontraktor, menyebabkan pemandu bertumpu di lorong kanan. Permukaan jalan sebegitu hanya sesuai untuk kenderaan lasak pacuan empat roda. Sepatutnya kontraktor yang gagal menurap jalan dengan kemas dan baik, didenda selain ditamatkan kontrak mereka.
.
Bayangkan berapa banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk projek membaik pulih jalan yang rosak Siapa yang untung untuk projek penurapan berulang kali ini?
Bercakap tentang isu korek jalan dan kualiti jalan di bandar-bandar atau di mana sahaja , ia memang menyakitkan hati sejak dahulu lagi. Anak-anak remaja pun boleh bertanya kenapa sampai begitu keadaannya? Mengapa JKR kita tidak mahir menurap jalan atau gagal menjaga kualiti turapan kontraktor? Saya jemput Pihak Media untuk melihat sendiri isu ini. sepanjang 300 meter rosak teruk...BOCOR LAGI DUIT RAKYAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan