Isnin, 14 November 2011

BENDA NAKAL TIME SEKOLAH RENDAH


Sapa kat sini tak pernah buat jahat? Awak pernah buat jahat? Tak pernah? Macam mana dengan kamu yang disebelah sana? Pernah? Tu yang terselit celah kerusi tu? Ha, kamu yang serius gile pandang depan ni, amboi senyum la sikit beb! Gerun aku nengok nyeee…. Huhuhuhu…

Ahh, tipu la hangpa tak pernah buat jahat seumur hidup kan. Ke saya aje yang menjahat neh. Erk!!! Dah dah, okey jom saya nak kongsi apa kes yang menjahat2 ni….

Dari sekolah rendah :

Tipu mama buat2 sakit perut sebab tak nak pi sekolah. Tapi boleh lepas dalam 3, 4 kali aje kot. Last-last kantoi. Dah tak leh buat alasan sakit perut dah. Tatau la pasepa yang malas sangat nak pi sekolah dulu. Cikgu2 sume baik. Kawan2 pun okey. Heeee… Dah tau dah. Sebab malas mandi!

Then kat kantin dulu selalu beli gula2. Tapi sedihnya, bila sampai kat kelas…

“Eh, eja? Asal awak punya gula2 banyak sangat? Bukan ke awak beli doploh sen aje tadi?”

“Alah, makcik tu tak pasan pun. Ramai dah buat camtu…”

“oooooo….”

Ye, saya dah ikut si Eja tu beli 20sen tapi amik gula2 sebanyak 30sen atau 40sen. Nak banyak lagi 50sen.

Ada satu kes ni, kalo ingat memang saya rasa nak tergelak sampai sekarang. Time tu darjah 4 kot tak silap. Besa waktu rehat kami gegurl ni suka main lompat getah kat padang. Sebelah padang tu bangunan sekolah yang tingkat 2 nye ada bilik guru dan bilik guru besar.

Satu hari loceng dah tamat. Sume berterabur lari masuk class. Yang tinggal saya dengan Ain. Duk kutip sampah kawan2 yang tak reti bahasa men tinggal2. Bila nak balik class, guru besar yang duk dalam bilik dia mengadap padang duk jerit2….

“Hey!! Hey!!...kamu!!...tong sampah  @#$%^&*(…..”

“Errr?? Haaa???” tak dengar apa dia duk bebel jerit2…

“Tu tong sampah….@#$%^&*….”

“Errrr?? Haaa????” kami jerit lagi dari bawah.

Dah banyak kali haaa????haaaa??haaaaa?? Saya pun masih tak paham apa yang dia cakap. Kenapa dengan tong sampah hitam tu?? Seolah2 dia suh alihkan… Kemana??? Then saya ingat nak blah camtu aje. Bukan dia tau pun sapa. Hahahaha, tapi tiba2 lagi kuat dia jerit!!

Memandangkan bangunan tu sekali dengan class2 budak2 darjah 6, darjah 5 so, satu bangunan tu duk pandang kami. Takkan nak lari!!! Aihhh…

“ Tu tong sampah tu!!!....@#$%^&* !!!”

Dalam keadaan bingung2 sengal2 ubi tu, saya dengan Ain pun pi la angkat tong sampah hitam tu. Dalam tu penuh dengan daun2 kering, sampah2 makanan. Nak bawak pegi mana??? Ntah!!! So, nak tak nak kitorang usung benda hitam tu….

“Jom la kita bawak tong ni jumpa guru besar…”

Dengan kudrat budak kering darjah 4 ni, kami terhuyung-hayang angkat tong hitam tu naik tingkat 2. Sampai depan opis, saya tinggal aje depan bilik guru besar tuh! Kahkahkahkah…. Perghhh!!! Memang betul2 blur…. Pastu cabut lari.

Tatau la apa guru besar tu nak buat dengan tong sampah tu. Dengan daun kering, sampah2… Ha, hambik la nak sangat. Pandai nak menengking jerit2 aje kannn… Turun amik sendiri tak nak! Then masuk class sambil ketawa tak henti2....

" korang ni asal gelak2??"

" tak de pa peeee.... "

Tapi teringat pulak kisah agak2 sedih la time darjah 2. Hari tu blur nak mampos la. Duk down pasal lukisan dapat B. Kawan2 sume dapat A. Menung2 dalam class time rehat kuar lambat. Sampai kat kantin orang dah ramai gila beratur. So duk la belakang sekali. Time sampai turn saya nak beli makanan, sume dah habis. Yang ada pun cucur tauge. Tapi tengah goreng. Kena tunggu sat...

Dalam 3 minit, baru la depa angkat bawak mai depan. Tak ingat dah beli bapa bijik. Tapi cucur togey tu memang panas gila. Baru lepas masak la katakan. So tak boleh makan dulu. Kena tunggu sejuk. Tapi kawan2 dah siap makan. Tak lama, loceng habis rehat bebunyik.... 

Kringgggggggggggggggggggg!!!!!

So, bawak masuk dalam class. Next subjek Matematik. Cikgu Normah. Ingat lagik. Tetiba time nak gigit cucur sikit dalam class cikgu nampak.... 

"Nurinn!!!! Pi makan kat luaq!!"

Erk!! Alamak... So, saya pun pi la keluar. Kerusi mana ada. So, duk le bersila tepi class. Makan cucur. Dah la panas. Lambat gila nak habiskan. Dekat 20 minit gak la duk bersila kat luar tu makan. Macam mintak sedekah pulak. Huhuhu kejam gila cikgu tu... Semua orang lalu lalang duk nengok aje. Ingat sampai bila2 la cikgu tu. Tak pasal2 tak minat math. Tapi syukur, time darjah 3 dapat cikgu math laki. Terus minat mendadak2... Hahahahaha....

Ha tu la serba sedikit benda jahat yang saya buat dulu time sekolah rendah. Apa?? Tak jahat?? Ahhh, baru sekolah rendah. Belom masuk sekolah menengah, zaman kolej lagi. Hahahaha…. Mesti hangpa duk geleng kepala kalau saya cita sume. Sabaq na…. Tunggu esok pulak….

wekkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!

p/s : kekadang benda yang nakal2 ni la kita akan ingat n kenangan manis time kecik2. Kalo tak buat jahat, kita lupa detik2 comel kita dengan kawan2 kan?? Bayangkan dalam 6 tahun sekolah rendah, juz 3, 4 peristiwa aje kita ingat tu pun benda2 nakal. Yang lain?????
puterikatek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...