Rabu, 16 November 2011

Tuanku Sultan kesal Pusat belum bina hospital di Pendang dan Bandar Baharu

     http://www.wartakedah.net/images/tuankusidangdun.jpg


ALOR SETAR, 15 November - Kebawah Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah meluahkan rasa kesal apabila dua daerah di Kedah belum lagi mendapat hospital. Daerah yang dimaksudkan ialah Pendang dan Bandar Baharu.

“Beta kesal kerana perancangan untuk membina Hospital Daerah Pendang dan Bandar Baharu masih belum dilaksanakan. Rakyat beta di dua daerah ini menghadapi kesukaraan kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital luar daerah tersebut,” titah baginda pada Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Keempat Mesyuarat Bajet 2012.

Walau bagaimanapun baginda melahirkan  rasa sukacita apabila beberapa buah hospital di Kedah  telah dinaiktaraf sebagai hospital berpakar bagi kebanyakan jenis penyakit kritikal dan berharap tindakan susulan hendaklah diambil bagi menyediakan kemudahan hospital yang dimaksudkan.

Baginda percaya perkhidmatan yang disediakan bakal memberi kemudahan kepada rakyat berikutan peningkatan taraf hidup sering dikaitkan dengan penurunan tahap kesihatan yang berpunca dari gaya hidup yang kurang baik seperti kes penyakit berjangkit dan obesiti yang bertambah.

Selain itu program kesedaran kesihatan mendapat perhatian baginda kerana titahnya program ini merupakan elemen penting dalam meningkat taraf hidup rakyat melalui pelbagai usaha yang dijalankan.
Dalam titah ucapan ini baginda juga memberi perhatian terhadap tahap kesihatan kaum wanita.

“Beta dapati kadar kematian ibu yang melahirkan anak telah menurun sejak lima tahun kebelakangan ini,” titah baginda.
Namun begitubaginda masih tidak berpuas hati kerana  pencapaiannya masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Melalui jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga baginda menyeru supaya dilaksakakan beberapa program dengan tujuan meningkat tahap kesihatan khususnya di kalangan wanita.

Selain itu tindakan bersepadu melalui perkongsian pintar di antara hospital kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan telah diadakan bagi menggerakkan pelbagai kempen, kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan gaya hidup yang sihat
wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...