Khamis, 2 Februari 2012

6 Etika Berjabat Tangan Dengan Cara Yang Betul Dan Profesional

Berjabat tangan bukan hanya sekadar bentuk kesopanan semasa bertemu dengan seseorang. Berjabat tangan juga merupakan faktor penentu kejayaan semasa di interview pekerjaan, bertemu pelanggan, bertemu dengan teman-teman. Semuanya boleh mencerminkan keterampilan dan sifat diri kita sendiri.

Berjabat tangan dapat membentuk kesan awal yang kuat. Perkara ini juga merupakan sikap formal dalam kehidupan profesional. Agar meninggalkan kesan yang baik dan positif, ikuti tips berjabat tangan secara profesional berikut ini, seperti dilaporkan Sheknows.
1. Berjabat tangan biasanya dilakukan dalam kedudukan berdiri dan berhadapan. Perkara ini bermaksud anda menunjukkan rasa hormat. Jika sedang duduk, berdirilah seketika jika anda berjabat tangan.

2. Jika akan duduk kembali di kerusi, duduklah setelah orang lain mulai duduk.


3. Semasa berjabat tangan, rapatkan jari-jari anda dan eratkan genggaman. Letakkan ibu jari di atas tangan seseorang ketika berjabat tangan anda. Sedangkan jari-jari lain dilekatkan di telapak tangannya, lalu digoyangkan dengan gerakan ke atas dan ke bawah sebanyak dua hingga tiga kali. Jangan terlalu keras dalam menggenggam tangan orang lain, pastikan kedudukan tangan anda berada di kedudukan yang betul dan bersemangat ketika anda berjabat tangan dengan mereka.


4. Semasa berjabat tangan kenalan atau sahabat mata perlu dijaga dan berilah senyuman penuh ikhlas. Elakkan untuk melihat ke arah tangan ketika berjabat tangan. Dengan saling menatap akan menunjukkan rasa percaya pada diri anda.


5. Selama berjabat tangan, anda boleh mengucapkan kalimat-kalimat yang singkat. Seperti ucapan selamat pagi, selamat tengah hari, selamat datang dan sebaginya.


6. Semasa menamatkan pertemuan, jangan lupa untuk kembali berjabat tangan. Perkara ini merupakan tanda perpisahan dengan gaya profesional.


Elakkan gaya berjabat tangan seperti di bawah ini:


1. Lemah dan tangan yang lembab atau basah. Keadaan tersebut dapat memudahkan tangan lepas dari cengkaman. Sebaiknya sebelum anda berjabat tangan, pastikan tangan anda kering.


2. Hanya menggunakan jari-jari saat menggenggam tangan seseorang berjabat tangan anda. Jika melakukan berjabat tangan dengan gaya seperti itu, anda akan dianggap tidak menghormati seseorang berjabat tangan anda dan menimbulkan kesan bahawa anda jijik memegang tangannya atau tidak ikhlas bersalaman.


3. Terlalu berlebihan semasa menggoyangkan tangan seseorang ketika berjabat tangan anda.

4. Berjabat tangan sangat cepat dan hampir tidak menyentuh tangan seseorang ketika berjabat tangan anda.

Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.

Perlu di tegaskan menurut Islam, hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram. Siti Aisyah r.a ada berkata: “...demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” (Riwayat Imam Ahmad)


Wassalam, Wa'allahhualam
akuanakpahang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...