Khamis, 9 Februari 2012

Dari Imam Muda Ke Seni Suara

BAGUS.......
Naib juara Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi kini sudah pun bergelar penyanyi setelah terhasilnya album Cahaya Atas Cahaya.Album yang memuatkan tujuh buah lagu nasyid dan enam alunan zikir serta doa itu merupakan album pertama Hizbur Rahman dan ia merupakan album duet bersama rakannya iaitu bekas peserta Imam Muda musim pertama iaitu Mohd Taufek Mohd Noh.


Bukannya mahu mengejar populariti, Hizbur Rahman berkata album tersebut diharapkan dapat menarik golongan muda untuk menerima mesej-mesej yang berguna serta menjadikannya sebagai panduan hidup.

"Pada mulanya, saya tidak terfikir untuk merakamkan album. Semuanya terjadi selepas saya dipelawa oleh syarikat rakaman Wahyu Suci Sdn Bhd serta Taufek sendiri untuk mencari orang yang boleh membawakan lagu nasyid.

"Saya tidak berfikir panjang dan terus menerima pelawaan itu kerana saya fikir inilah masanya untuk saya menarik golongan muda sekaligus golongan tua bagi menyampaikan dakwah melalui lagu dan alunan," katanya yang ditemui selepas majlis pelantikan dirinya sebagai duta kepada produk kesihatan, Himax5.

Album Cahaya Atas Cahaya telah berada di pasaran sejak ianya dilancarkan awal Januari lalu.
Bercerita mengenai pengalamannya merakamkan album, Hizbur akui sukar dan tempuh pelbagai cabaran sehingga dia mengambil masa sehingga hampir empat bulan.

"Bukannya mudah untuk mendapatkan kualiti terbaik untuk album ini. Lagipun inilah kali pertama saya terlibat dalam bidang nyanyian kerana sebelum ini hanya di peringkat sekolah sahaja.

"Tambahan pula saya merakamkan album ini pada waktu malam iaitu selepas ada masa terluang daripada balik undangan ceramah.

"Jadi bila tidak dapat kualiti suara yang memuasakan kerana keletihan kami terpaksa melakukannya beberapa kali," jelasnya lagi.

Selain menceburi bidang nyanyian, Hizbur kini telah menceburi bidang perniaagaan serta menjadi duta kepada produk kesihatan, Himax5.

"Saya mula dilamar menjadi duta kepada produk Himax5 sejak dua bulan lalu.

"Saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya kerana ia produk ini menggunakan sepenuhnya khasiat air zam zam, sebagai bahan asas.

murai
"Saya bukan sahaja dilantik menjadi duta, malah saya juga mempunyai syer perniagaan di dalam syarikat yang mengeluarkan Himax 5 iaitu DRK Network. Sdn Bhd.
"Sesuai dengan gelaran ustaz yang saya bawakan, saya harap kesucian air zam-zam yang terkandung dalam minuman ini dapat menarik ramai pelanggan iaitu umat Islam khususnya untuk membeli," tambahnya lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...