Selasa, 14 Februari 2012

Kalimah Suci Allah di Tapak Kasut Fly Feet

Apa nak jadilah sekarang nie. Agama Islam sering dipersendakan dan diperlekehkan oleh Agama lain. Gambar di atas nie pulak menunjukkan betapa rendahnya martabat Agama Islam sehingga Kalimah Allah sanggup mereka lakarkan di bawah tapak kasut yang berjenama Fly Feet ini.

Apalah dosa Agama Islam sehingga mereka ini sanggup berbuat demikian? Apakah motif mereka ini sebenarnya? Ya, jika kita (beragama Islam) memakai kasut Fly Feet ini, kita seolah-olah memijak Kalimah Allah dan bayangkan berapa kali kita melangkah dan sebanyak itulah kita memijak Kalimah Allah ini. 

SubhanaAllah… 

Sebelum nie, logo jenama kasut yang terkenal Crocs, juga dikaitkan dengan kalimah Allah tetapi disangkalkan ia hanyalah secara kebetulan. Tetapi apa yang kita nampak di bawah tapak kasut Fly Feet ini bukanlah kebetulan kerana terdapat tiga Kalimah Suci Allah sekaligus. Adakah ini secara kebetulan atau tindakan sengaja setengah individu untuk menjatuhkan maruah Agama Islam?

Jadi, kita sebagai umat Islam, haruslah berwaspada dalam memilih barangan keperluan kita seharian dan jangan alpa keran benda yang remeh sebegini akan mengundang ‘dosa kering’ kepada kita… WaAllahualam…
Diharap anda sebarkan dan kongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Terima Kasih.
rilekslah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...