“MasyaAllah, bila sampai..” tanya beliau.
“Dah lima hari dan esok kami nak balik.” jawab saya ringkas.
“Mari ke pejabat saya” katanya lagi.
Saya terus memanggil para jemaah saya untuk mengikuti Imam al-Aqsa ini.
“Syeikh, sempena maulid Nabi ini, boleh tak berikan sedikit tazkirah mengenai Nabi” kata saya pada Imam Abu Yusuf.
Beliu terus memberikan kuliah di dalam bahasa Arab dan saya menterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
Beliau menceritakan sedikit mengenai sirah-sirah Nabi dan walaupun ringkas ternyata agak menyentuh,
“Tahu apa sebabnya?’ kerana di dalam hati beliau ada rasa mencintai nabi SAW.
Kita boleh rasakan, hatta di Malaysia sendiri, kalau seorang ustaz memberikan ceramah Maulid Nabi, tetapi di dalam hatinya kurang rasa mencintai Nabi, ceramahnya hebat tetapi kurang menusuk ke dalam hati.
Tetapi jika ada seorang ustaz, walaupun ustaz kampung, tetapi di dalam hatinya ada rasa mencintai Nabi, ceramahnya mampu membuatkan orang menitis air mata dan merasa menyayangi Nabi. Kerana dia bercakap dari hatinya dan perkara yang datang dari hati akan jatuh ke hati.
Di akhir, tazkirah pendek 10 minit ini, Syeikh Yusuf sungguh-sungguh berpesan agar kita selalu berselawat pada Nabi kerana perintah berselawat itu datangnya dari Allah sendiri. Ia berdasarkan firman Allah surah al-Ahzab ayat 56.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
Menurut hadis Nabi SAW, jika kita berselawat sekali pada Nabi, Allah akan mengucapkan kebaikan dan keselamatan pada kita sebanyak 10 kali. Jika kita berselawat 10 kali pada Nabi, Allah akan mengucapkan kebaikan dan keselamatan pada kita sebanyak 100 kali. Jika Allah sendiri telah mengucapkan kebaikan dan keselamatan pada kita, tidak ada lagi perkara yang boleh memudharatkan kita.
Syeikh Abu Yusuf berkongsikan pengalamannya…
“Kami dikota Jerusalem ini, jika terdapat masalah dengan orang-orang yahudi, maka kami akan berkumpul di dalam masjid al-Aqsa dan akan membaca selawat pada Nabi. Inilah amalan kami dan kami telah melihat keberkatannya dan segala masalah akan dibantu Allah”beliau menambah lagi,
Di masjid al-Aqsa ini, memang kami amalkan selawat pada setiap pagi Jumaat.
“Inilah kelebihan Selawat Pada Nabi..”
Di luar makam Nabi Sulaiman yang kini menjadi pusat tahfiz bagi perempuan
USTAZAMIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan