
"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menjelaskan perkara itu lagi.
"(Pengurusan KUIN) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan.
“Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi di Alor Setar.
Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.
malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan