Jumaat, 3 Ogos 2012

Kisah benar mayat dalam kubur digali hidup kembali

Setelah dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke hospital Banjar baru. Pasukan keselamatan setempat menyatakan lelaki bernama Yadi berselimut kain kafan itu sudah meninggal. Oleh kerana tidak yakin, pihak keluarga telah membawa mangsa pulang ke rumah.

Penduduk setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi pada mangsa, walaupun tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan peluh. Beberapa pengamal agama dipercayai ‘ustaz’ yang datang menyatakan ada tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.





Walaupun Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah sungai. Keluarganya menemui Yadi dalam keadaan ‘tidak bernyawa’ kerana sudah 10 minit lemas. Ketika dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor mengatakan Yadi sudah meninggal.

Selanjutnya keluarga telah menyemadikan Yadi.

Pada malam harinya, isteri Yadi berasa ‘tidak sedap’ dan meminta agar kubur suaminya Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar  keluhan isteri Yadi lalu sepakat menggali semula kubur Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi warga yang mendengar cerita ini.

via

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...